EndlessLove
orang yang bertudung tak semestinye solat die cukup ?! orang yang tak bertudung tak semestinye die tak solat ?
Thursday 7 June 2012 [ 5 ]
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Gambar takde kene mengene (:
Assalamualaikum .. semalam .. my dear friend ade tulis status pasal " orang yang bertudung tak semestinye solat die cukup ?! orang yang tak bertudung tak semestinye die tak solat ? " .. takde orang komenn .. so , aku pon gatal tangan pergi komen .. mehh kite tgk , ape aku bahas kan ..
Click untuk besarkan (:
And ... he a male !! a male write a status pasal bertudung .. hmm .. weird --' .. walau ape pon , kat situ aku ade nyatakan yang Orang yang solat semestinya menutup aurat ..disini aku dapati ramaii orang yang akan salah anggap dengan statement aku ..tak caye , ce tgk ape membe aku cakap nie ..
Okey .. disini aku nak terangkan maksud aku cakap Orang yang solat semestinya menutup aurat .. maksud aku nak try sampai kan ialah bukan aku cakap bahawasanya , orang yang solat jea menutup dan orang yang tak menutup aurat semestinya tak menutup aurat .. aku tak maksudkan macam tuh ..ape yang aku nak try sampai kan ialah , orang yang solat , mesti dia akan menutup aurat .. solat salah satu tuntutan agama , dan menutup aurat pon same .so , kalau dia solat kerana takut dengan azab Allah , semestinya dia akan tutup aurat ..
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)
Dan .. aku harap takde sesape yang terasa dengan entry aku nie .. aku tak kutuk sesape dan tak bermaksud nak belagak pandai or ape ape ..

Labels:


Older Post | Newer Post